Tinta Hati Nur Kasih
Tuesday, 15 March 2022
Mencintai Tidak Semestinya Memiliki kan?
Friday, 14 August 2020
First Time Fly to Japan
Bismillahirrahmanirrahim..
Seperti tajuk, cerita aku kalini berkisahkan tentang pertama kali aku terbang ke negara matahari terbit tahun lepas. Tahun 2019.
Aku dapat peluang ke Kagoshima ,Japan dalam 40 hari kerana program Summer Camp yang melibatkan negara Jepun, Malaysia, Indonesia, Phillipine, Thailand and Vietnam dalam bidang perikanan tropikal.
Pada mulanya, aku tidak menyangka bahawa aku berpeluang ke Jepun. Tak terkata betapa bahagianya aku saat itu. Alahamdulillah rezeki buat aku.
Aku berpeluang mengambil subjek elektif di sana bersama rakan-rakan dari 4 lagi negara yang disebut tadi. Selain itu, aku harus mengambil mini projek dan melakukan presentation di hadapan lecturer2 Jepun ketika itu. Perasaan gentar dan gundah gulana bercampur aduk ketika itu. Syukur, aku lulus jua akhirnya.
Pengalaman berharga sebegini harus ku simpan hingga ke anak cucu.
Di sana jua aku berjumpa dengan student Malaysia yg belajar di universiti daerah itu. Mengenali mereka amat bererti buat aku. Aku belajar banyak benda dari mereka dan juga kebaikan mereka akan aku abadikan hingga akhir hayat. Terima kasih semua nya. Terlalu banyak untuk aku ceritakan pengalaman aku di sana. Di lain post, aku ceritakan lagi.
Sekian, wasalam..
A short intro about me
Hi, Assalamualaikum! Namaku Ashikin. Berumur 24 tahun. Masih seorang pelajar universiti. Asal dari Terengganu, negeri penyu, negeri keropok lekor. hehehe.. Aku baru je habiskan pelajaran peringkat sarjana tapi disebabkan covid 19, majlis graduasi terpaksa ditunda. Aku seorang yang suka bercerita tapi tidak pada semua. Oleh itu, aku membuat keputusan untuk wujudkan akaun blog aku sendiri sebagai diari kehidupan aku.
Sekian, wasalam..
Mencintai Tidak Semestinya Memiliki kan?
Assalamualaikum. Di pagi hari Rabu (16 Mac 2022), aku ingin meninggalkan rasa yang terbit dalam diri ini buat seseorang. Seperti tajuk, beg...
-
Hi, Assalamualaikum! Namaku Ashikin. Berumur 24 tahun. Masih seorang pelajar universiti. Asal dari Terengganu, negeri penyu, negeri keropok...
-
Bismillahirrahmanirrahim.. Seperti tajuk, cerita aku kalini berkisahkan tentang pertama kali aku terbang ke negara matahari terbit tahun le...
-
Assalamualaikum. Di pagi hari Rabu (16 Mac 2022), aku ingin meninggalkan rasa yang terbit dalam diri ini buat seseorang. Seperti tajuk, beg...