Di pagi hari Rabu (16 Mac 2022), aku ingin meninggalkan rasa yang terbit dalam diri ini buat seseorang.
Seperti tajuk, begitu jualah isi coretanku kali ini.
Sudah beberapa kali diri ini terjebak di dalam belenggu sebegini yang menyesakkan diri sebenarnya. untuk kesekian kali, aku terjatuh pada sahabat ku sendiri tetapi aku tahu aku tidak akan dapat mendekatinya melebihi seorang teman. Sedar akan kenyataan itu, aku memendam sekali lagi rasa yang terbit dan berdoa pada Tuhanku semoga ini adalah mimpi pahit yang terpaksa aku telan dan hadapi. Sekali lagi. Mungkin sudah tertulis jalan hidup aku sebegini sebelum aku berjumpa dengan yang sebenar-benarnya untukku atau dia sedang menungguku di syurga. Mungkin? Kadang-kadang aku rasa tiada jodoh ku di dunia ini. wujudkah seorang manusia yang betul-betul tulus ikhlas menerima diri ini seadanya?
Sahabatku, aku amat gembira untukmu, kerna kau sudah temui calon yang sesuai untuk kau jadikan sebagai peneman hidupmu. Meski aku terpaksa menipu diriku sendiri terhadap rasa yang aku alami, tapi tak mengapa asalkan kau bahagia setiap kali bercerita perihal bakal calon mu kepadaku. setiap kali kau bercerita perihal calon kesukaan mu, aku boleh lihat kau tersenyum kegembiraan. Aku sangat bahagia untuk kau sahabatku. semoga orang yang kau sukai akan menjaga kau dan menyayangi kau melebihi dari diriku. Setiap hari aku doakan kau sahabatku. Biarlah aku bawa rahsia ini bersama ku sehingga ke akhir hidupku. Biar tuhanku dan aku sahaja yang mengetahui tentang pinjaman perasaan yang Dia hadiahkan untuk ku dengan mencintaimu meskipun kau tidak pernah nampak aku di depan matamu sahabtku. segala usaha aku tidak dipandang tetapi tak mengapa, aku bahagia bila melihat orang yang aku cintai mencintai pilihan hatinya. Perasaan yang menjengah hati ini tidak aku ketahui sejak bila hadirnya ia dalam sanubariku. Tanpa aku sedari, makin hari, aku makin selesa dan takut untuk melepaskan mu. Ia membuat aku takut pada diriku sendiri. Jika satu hari nanti, aku sudah menajuahkan diri ku darimu, ketahuilah aku akan sentiasa berdoa untuk kau sahabatku. Hanya jasad yang memisahkan tetapi hati tetap mendoakan mu.
Jika suatu hari nanti orang kau cintai tidak lagi memandang kau, aku ada untuk mu sahabatku. aku akan menunggu mu. ketahuilah, aku tidak akan kemana-mana jika inilah jalan yang ditakdirkan oleh tuhanku untukku. Please be happy for me sahabatku. Please stay happy with your woman with all your hearts. Semoga akan berkurang rasa pilu dihatiku jika melihat kau bahagia bersama pilihan hatimu. Anauhibukkafillah.
Rasa yang tak dihiraukan,
Cahaya Kekasih.