Bismillahirrahmanirrahim..
Seperti tajuk, cerita aku kalini berkisahkan tentang pertama kali aku terbang ke negara matahari terbit tahun lepas. Tahun 2019.
Aku dapat peluang ke Kagoshima ,Japan dalam 40 hari kerana program Summer Camp yang melibatkan negara Jepun, Malaysia, Indonesia, Phillipine, Thailand and Vietnam dalam bidang perikanan tropikal.
Pada mulanya, aku tidak menyangka bahawa aku berpeluang ke Jepun. Tak terkata betapa bahagianya aku saat itu. Alahamdulillah rezeki buat aku.
Aku berpeluang mengambil subjek elektif di sana bersama rakan-rakan dari 4 lagi negara yang disebut tadi. Selain itu, aku harus mengambil mini projek dan melakukan presentation di hadapan lecturer2 Jepun ketika itu. Perasaan gentar dan gundah gulana bercampur aduk ketika itu. Syukur, aku lulus jua akhirnya.
Pengalaman berharga sebegini harus ku simpan hingga ke anak cucu.
Di sana jua aku berjumpa dengan student Malaysia yg belajar di universiti daerah itu. Mengenali mereka amat bererti buat aku. Aku belajar banyak benda dari mereka dan juga kebaikan mereka akan aku abadikan hingga akhir hayat. Terima kasih semua nya. Terlalu banyak untuk aku ceritakan pengalaman aku di sana. Di lain post, aku ceritakan lagi.
Sekian, wasalam..